Laman

Dompet Donasi Blog
Kumpulan Artikel Islami

No Rek : 046-10-45-234

A/N : Budi Darmawan

PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH

Written By Ummu Marwah on Senin, 09 April 2012 | 05.22

Oleh Ummu Marwah 8 November 2011







-INTIFADHA = DAVID (PALESTINA) AGAINST GOLIATH ( ZIONIST )-




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





***PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH***

Apa itu perjuangan Jihad Fisabilillah?.

Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam kondisi tidak perang/aman) adalah sebagaimana berikut:-

Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar salah satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH. Samada melibatkan yang Wajib, atau yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah.

(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.
Yaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Silahkan  rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).

Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.

Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.



Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, 

“Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia pada pertikaian, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan suku-suku.





Kemudian Rasulullah bersabda lagi,  

“Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.

- NASIONALISME SEMPIT BUKANLAH JALAN KELUAR -


Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang hanya untuk membangunkan bangsa saja, agama akan dilalaikan. Oleh  kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.

Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka/berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.





- SISTEM KAPITALISME = YANG KAYA MAKIN KAYA , SI MISKIN MAKIN SENGSARA -





- SISTEM KAPITALISME = HANYA MENGUNTUNGKAN PEMILIK KAPITAL TERBESAR -




- SOSIALISME = PADA DASARNYA HANYALAH, PELARIAN KORBAN KORBAN KAPITALISME -




- DEMOKRASI = KEBEBASAN UNTUK MEMILIH DIKTATOR LOKAL ...LOL :) -





- DEMOKRASI ..KATANYA KEBEBASAN ..TAPI KOK SELALU DENGAN JALAN PEMAKSAAN DAN KEKERASAN ?? -







Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.

AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.

Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.



- JIHAD DALAM RUMAH TANGGA -




- JIHAD DALAM PENDIDIKAN -






Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.

Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.





- JIHAD EKONOMI = MENSEJAHTERAKAN EKONOMI KELUARGA/ MASYARAKAT -




Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke hujung.

Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.

Itu baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.

Belum lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.

Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan nafsu mereka semata.

Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah kemungkaran kerana,

Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.


Di sini suka saya mengutip sebuah madah bertajuk ‘Tujuan Berjuang’ dari Majalah ‘Alim untuk renungan bersama.

TUJUAN BERJUANG

Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan Pencipta alam
Agar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola                         
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat
Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah tugas-tugas para daie, mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya dengan cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri tidak sampai kepada-Nya
Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak menari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.


POST MORTEM (BEDAH SIASAT)

Cuba kita periksa permasalahan di atas, samada betul atau tidak berlaku ketidakluhuran hubungan kasih antara makhluk dengan Khalid-Nya.

Antara fakta tersebut ialah:-

1)     Pernahkah kita mengkaji sifat Tuhan sehingga dapat merasakan dalam hati, Tuhanlah yang sepatutnya diagongkan dan dibesarkan lebih dari segala-galanya.

2)     Kita belum merasakan hanya kepada Tuhanlah tempat meminta pertolongan. Buktinya dalam apa jua masalah yang timbul kita tidak merujuk kepada Tuhan. Kita lebih banyak mengadu dan menceritakan masalah-masalah kita kepada manusia.

3)     Begitu juga kita tidak menjadikan Tuhan sebagai pujaan atau kecintaan. Lebih-lebih lagi untuk menjadikan Tuhan sebagai idola. Buktinya, kita lebih mencintai isteri atau suami dan anak-anak. Kita sanggup berkorban untuk isteri atau suami yang tersayang daripaa berkorban untuk Tuhan. Seorang ibu sanggup bercengkang mata menunggu anak yang terlantar sakit berbanding bercengkang mata melakukan solat di tengah malam kerana rindu kepada Tuhan. Itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa kita lebih mencintai anak daripada mencintai Tuhan.

4)     Bahkan banyak lagi perintah Tuhan yang masih kita abaikan malah kadang-kadang kita pertikaikan karana ia amat bertentangan dengan nafsu kita.

5)     Rasa bertuhan atau sensitiviti kepada Tuhan sudah tidak ada lagi di hati kita. Buktinya kita merasa kagum, hairan dan takjub kepada sesuatu ciptaan Tuhan tetapi sedikit pun tidak kagum dengan Tuhan yang menciptakan benda tersebut. Misalnya, orang kagum dengan bangunan pencakar langit, sehingga berlumba-lumba bersaing membina bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi yang peliknya, orang tidak pernah mengkagumi Tuhan yang menciptakan alat-alat untuk membuat bangunan itu seperti batu, besi, pasir dan sebagainya.

Begitu juga orang kagum dengan teknologi canggih era siber, tapi tiada seorang pun yang kagum pada Tuhan yang mampu berkomunikasi tanpa perantaraan apa-apa. Tuhan mampu berkomunikasi dengan manusia dalam satu masa di dunia hanya melalui sejenis alat komunikasi teknoloji paling tinggi yang diciptakan Tuhan iaitu hati.




Hati dapat berkomunikasi dengan Tuhan tanpa ada perantaraan apa-apa. Gelombang hati ini boleh bergerak lebih laju daripada gerakan cahaya. Itulah teknoloji ciptaan Tuhan yang tiada siapa dapat mengatasi kecanggihannya. Namun tiada siapa yang mengkagumi kehebatan Tuhan itu.

6)     Manusia kagum dengan keajaiban otak, tetapi tidak pernah kagum kepada Tuhan yang mencipta otak. Pendek kata manusia sangat memuja alam semesta ini tetapi Tuhan yang mencipta alam itu tidak dipuja dan diagungkan.


Lihatlah betapa terpesongnya hidup kita dalam pencarian Tuhan di alam yang fana ini.

Yang direbut-rebut ialah alat (dunia/kekuasaan/kemewahan, dll), bukan matlamat (cinta ALLAH/Alam Akhirat).

Justeru itu, perjuangan memperkenalkan Tuhan mestilah diutamakan dan dibuat secara intensif sehingga hati manusia benar-benar merasa bertuhan. Setelah itu barulah diperjuangkan syariat Tuhan.

ALLAH jadikan syariat itu semata-mata untuk keselamatan manusia. Apabila sudah ada rasa bertuhan, barulah mudah manusia menerima syariat Tuhan itu.

Orang yang sudah kenal dengan Tuhan, jatuh hati pada Tuhan, cinta pada Tuhan, baharulah dia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Agar dengan syariat tadi, manusia hidup bersatu-padu, boleh bekerjasama, hidup harmoni dan bahagia dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan bangsa.

Sepatutnya inilah tugas para daei, mubaligh-mubaligh dan ulama di dalam berjuang.

Kita sepatutnya mengajak manusia supaya menyembah Tuhan, membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya mengikut jalan yang ditunjuk-Nya. Bukan dengan cara yang direka-reka mengikut kehendak sendiri. Sekalipun yakin cara itu betul tapi ternyata apa yang diperjuangkan akhirnya menyimpang jauh dari Tuhan.

Kalau kita benar-benar ingin menuju Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan jelas sekali berserta contoh-contoh yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cuma kadang-kadang kita yang menyulitkan jalan yang telah jelas tadi.

Buktinya, walaupun banyak ceramah agama dan dakwah dilakukan di merata tempat tapi isinya berunsur politik dan unsur-unsur yang membawa umat Islam kepada pergaduhan dan perpecahan.


- UKHUWAH, HENDAKNYA JANGAN SAMPAI PECAH -




Walaupun masing-masing mendabik dada mengatakan apa yang diperjuangkan adalah Islam, tapi hakikatnya umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu. Kata-mengata, fitnah-menfitnah, mengadu domba dan mencanai kesalahan orang menjadi agenda utama dalam ceramah yang disampaikan. Hasil perjuangan yang dilagang memporak-perandakan masyarakat Islam, malah menjauhkan manusia daripada Tuhan. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Tuhan di Yaumil Mahsyar kelak!.

- JANGAN MENGADU DOMBA, BAIK DALAM ARTIAN DENOTATIF ..APALAGI KONOTATIF ( KIASAN ) -





- STOP BERGUNJING ( GOSSIP ) -





- FITNAH, DOSANYA LEBIH BESAR DARI PADA MEMBUNUH -





Persoalan Tuhan, sedikit sangat atau langsung tidak disentuh di dalam ceramah-ceramah. Jauh sekali Tuhan hendak disanjung dan dibesarkan di dalam ceramah itu. Apalagi hendak diperkatakan tentang nasib di Akhirat. Kalau begitulah, apakah layak kita digelar pejuang Islam?.

(Tarbiah di atas diambil dari Buku AQIDAH MUKMIN I dan MAJALAH ‘ALIM dengan sedikit tambahan oleh penulis supaya lebih jelas maksudnya).


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
♥ღϠ₡ღ♥ Semogah bermanfaat dalam meningkatkan iman dan takwa,....wabillahi taufik wal hidayah,,,Assalamu'alaikum warrahmatullahi wa barakaatuh.....Salam Ukhuwah.♥ღϠ₡ღ♥







0 komentar:

Posting Komentar

Backlinks Otomatis Ummu Marwah

Ingin Link anda nonggol disini silahkan copy paste link Ummu Marwah dibawah ini ke blog anda setelah itu klik link Ummu Marwah dari blog anda dan lihat hasilnya link anda otomatis nempel disini selamanya
Kumpulan Artikel Islami