Oleh Ummu Marwah 7 Februari 2011
Al kisah, ada seorang anak muda yang baru pulang dari menuntut ilmu agama. Apabila sampai di kampungnya dia ingin mencoba sama ada orang yang lebih tinggi ilmu darinya. Maka dia bertanya siapakah yang dapat menjawab tiga soalan dari nya. Dan tidak ada sesiapa yang sanggup kecuali seorang tua, yang mana dia menyatakan InshaAllah beliau akan mencuba dengan izin Allah.
Langsung si Anak muda bertanya: Adakah kita dapat melihat Allah? Apakah dia itu Qadha' dan Qadar? Dan sekiranya Shaitan itu dari api, adakah dia akan tersiksa daripada api juga (yaitu api neraka)?
Langsung si orang tua itu manampar muka anak muda itu sekuat-kuat nya. Si Anak Muda terus menjerit dan menyatakan kenapa anda menampar muka saya? Adakah anda memrahai saya? Si orang Tua langsung menyatakan: saya tidak marah, cuma itulah jawaban bagi ketiga-tiga soalan anda tadi.
Bagaimana, tanya si Anak Muda? Adakah anda merasa sakit dari tamparan saya tadi? Ya, jawab, beliau.Adakah sakit itu dapat anda melihat nya? Enggak, jawab nya. Ya, begitulah juga Allah, wujud nya beliau tak semesti nya dengan anda dapat melihat nya sebagaimana wujudnya kesakitan anda tadi, yang tidak bisa dilihat.
Seterusnya, tanya si orang Tua lagi: Tadi pagi anda terfikir atau tidak yang hari ini anda akan kena tampar? Enggak, jawab dia. Ya, itulah Qadha dan Qadar, yang mana Allah telah menetapkan anda hari ini akan kena tampar, sebagaimana ketentuan Allah.
Akhirnya, tanya si orang Tua lagi: Muka anda itu asalnya dari apa? Tanah (ya'ni at tiin dalam bahasa Arab), dan tangan saya dari apa? Dari tanah juga. Ya, begitulah juga Shaitan, walaupun dia diperbuat dari api, maka api jugalah yang akan menjadi siksaan bagi nya yaitu "neraka"( dan sebagaimana tangan menampar muka).
Maka jawapan kepada ketiga solan itu hanya dalam satu "Tamparan"
Salam Ukhuwah.
0 komentar:
Posting Komentar